Pesawat terhempas di Sudan Selatan, 20 mangsa dikhuatiri maut


Sebahagian serpihan pesawat yang membawa 19 penumpang yang ditemukan selepas ia terhempas di sebuah tasik di Sudan Selatan. – Gambar Twitter, 9 September, 2018.

SEKURANG-KURANGNYA 20 orang dikhuatiri terbunuh apabila sebuah pesawat terhempas di sebuah tasik di tengah Sudan Selatan hari ini.

Menteri penerangan wilayah bagi negeri Eastern Great Lakes, Taban Abel Aguek berkata pihaknya masih belum mempunyai maklumat berhubung insiden tersebut.

“Setakat ini kami hanya mengetahui pesawat yang boleh membawa 19 penumpang itu dalam penerbangan dari Juba ke Yirol awal pagi ini.

“Cuaca berkabus ketika kejadian dan juruterbang cuba melakukan pendaratan kecemasan sebelum terhempas ke dalam Tasik Yirol,” katanya.

Radio tempatan melaporkan hanya tiga mangsa saja terselamat dalam kejadian itu. – AFP, 9 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen