SEORANG lelaki melepaskan tembakan rambang di luar Konsulat Jeneral China di Los Angeles, sebelum menembak dirinya sendiri, lapor agensi berita China Xinhua.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 6 pagi.
Lelaki dipercayai berasal dari Asia, berusia lingkungan 60 tahun itu ditemui maut dalam sebuah kenderaan di lokasi kejadian, kata seorang pegawai konsulat kepada Xinhua.
Sementara itu, polis mengesahkan lelaki berkenaan berasal dari Asia, namun tidak mendedahkan identiti mangsa.
Seorang saksi memberitahu lelaki terbabit melepaskan 17 das tembakan sebelum membunuh diri.
Bagaimanapun, motif kejadian masih belum dapat dipastikan sama ada bermotif politik. – Bernama, 2 Ogos, 2017.
Komen