Sekurang-kurangnya 5 dibunuh di Australia


Penyiasat pergi ke rumah di pinggir bandar Perth selepas seorang lelaki dalam usia 20-an menyerah diri di sebuah balai polis. Punca kematian masih belum didedahkan. – Gambar EPA, 9 September, 2018.

SEKURANG-KURANGNYA lima mayat termasuk kanak-kanak ditemui di sebuah rumah di Barat Australia, kata polis pada Ahad.

Penyiasat pergi ke rumah di pinggir bandar Perth selepas seorang lelaki dalam usia 20-an menyerah diri di sebuah balai polis.

Pegawai “menemui beberapa mayat termasuk kanak-kanak”, kata polis dalam kenyataan.

Penyiasat tidak mengesahkan jumlah sebenar mangsa, tetapi berkata “dipercayai sehingga lima orang”. Umur dan jantina mayat juga tidak didedahkan.

“Lelaki itu sekarang dalam tahanan dan membantu polis dalam siasatan. Tidak ada kebimbangan kepada keselamatan awam berikutan kejadian ini,” tambah polis.

Punca kematian atau hubungan mangsa dengan lelaki tersebut masih tidak diketahui.

Pembantu Pesuruhjaya Polis Paul Steel memberitahu wartawan yang siasatan “masih dalam peringkat awal”.

Kes itu berlaku tiga bulan selepas seorang ayah menembak mati anak lelaki dan perempuannya di rumah mereka di Sydney sebelum membunuh diri.

Sebuah lagi kes melibatkan tujuh mangsa di Barat Australia, selepas seorang datuk menembak mati isterinya, anak perempuannya dan empat cucunya sebelum membunuh diri pada Mei lalu. – AFP, 9 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen