FLORENCE dijangka kembali sebagai taufan kuat dan diramalkan akan melanda pantai timur Amerika Syarikat (AS), di Carolina utara dan selatan.
Pusat ribut taufan negara berpangkalan di Miami berkata ribut taufan itu dijangka membahayakan pesawat yang sedang terbang.
Florence kali ini dijangka lebih kuat daripada diramalkan menjadi taufan. Ribut petir turut diramalkan di kawasan berkenaan.
Gabenor Carolina Utara Roy Cooper mengeluarkan amaran kecemasan pada Jumaat untuk menggerakkan operasi kecemasan. Carolina Selatan turut mengikut langkah itu.
“Semua di sepanjang pantai timur AS, terutama Florida menerusi Carolina Utara, perlu memantau perkembangan Florence, dan memastikan bersedia menghadapi taufan,” katanya.
Ombak besar di kawasan Bermuda dan pantai AS akan berterusan sehingga minggu depan. – AFP, 9 September, 2018.
Komen