Wanita cuba bunuh lelaki dengan pisau besar ditahan di UK


POLIS Britain menahan seorang wanita kerana cubaan membunuh semalam selepas dia dilaporkan mengejar seorang lelaki di kawasan pusat beli-belah dengan pisau besar sebelum menikamnya.

“Seorang wanita berusia 28 tahun ditahan pagi ini kerana disyaki melakukan cubaan membunuh,” kata polis berhubung insiden di bandar Barnsley.

“Wanita itu sedang dinilai untuk perspektif kesihatan mental.”

Seorang lelaki mengalami kecederaan kecil dalam serangan itu.

Britain pada masa ini sedang berjaga-jaga selepas beberapa siri serangan keganasan menyebabkan kematian membabitkan pisau, dan ia meningkatkan ketakutan terhadap keganasan.

Seorang saksi berkata beliau nampak seorang wanita membawa pisau besar sepanjang 12 inci berlari mengejar seorang lelaki dan menjerit “bunuh, bunuh, bunuh”.

Seorang lagi saksi, peniaga di kawasan itu berkata wanita berkenaan mengikut lelaki terbabit dan berkata “aku akan bunuh kau”. – AFP, 9 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen