Perarakan tentera rai ulang tahun ke-70 Korea Utara


Penyanyi Korea Utara mengadakan persembahan pada konsert meraikan ulang tahun ke-70 penubuhan Pyongyang. – Gambar EPA, 9 September, 2018.

RATUSAN trak membawa anggota tentera berbaris di tepi sungai Pyongyang awal pagi tadi, ketika Korea Utara yang terkenal dengan program nuklearnya bersiap sedia meraikan ulang tahunnya dengan pertunjukan mega kekuatan ketenteraannya.

Hari ini ulang tahun ke-70 pembentukan Republik Rakyat Demokratik Korea – nama untuk Korea Utara secara rasmi, tiga tahun selepas Moscow dan Washington memisahkan semenanjung itu antara Utara dan Selatan, ketika penghujung Perang Dunia Kedua.

Tarikh pada 1948 itu penting dalam kalendar politik Korea dan secara tradisinya beberapa program diadakan untuk menunjukkan senjata terbarunya.

“Ulang tahun penting di Korea Utara, terutama yang ini,” kata Evans Revere daripada badan pemikir Brookings Institution di Washington.

“Sambutan ini bertujuan untuk pemimpin menayang pencapaian dan kuasa negara.”

Pameran ketenteraan itu yang disaksikan oleh pemimpinnya Kim Jong Un, generasi ketiga keluarganya yang memerintah negara berkenaan – amat penting bagi pemerhati Korea untuk mencari petunjuk tentang senjata terbarunya.

Pasukan tentera mara ke Dataran Kim Il Sung, kemudian diikuti dengan kereta kebal dan pesawat di udara, sehinggalah kepada senjata balistik.

Tetapi kali ini, tidak ada pertunjukan roket, kata penganalisis. – AFP, 9 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen