PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim hari ini menafikan khabar angin terdapat pecahan dalam parti dan mengatakan “tokok tambah media”.
Pada perhimpunan “Melangkäh Ke Arah Kegemilangan Baru” di Sibu, Sarawak malam ini, Anwar berkata laporan media “menjadikannya seolah-olah berlaku perang dalam parti”.
Anwar berkata hanya terdapat satu kumpulan dalam parti itu.
“Itulah kumpulan Anwar,” katanya berikutan laporan berhubung perpecahan dalam parti terus timbul menjelang pemilihan parti bagi jawatan timbalan presiden antara penyandangnya Azmin Ali dan Rafizi Ramli, jawatan ketua wanita dan pecahan baharu di Sarawak yang dilaporkan selari dengan Ahli Parlimen Julau Larry Sng.
Anwar yang singgah di Kuching untuk perhimpunan “bukan PKR” yang dianjurkan oleh Sng hari ini merayu kepada sesiapa yang layak mengundi pada pemilihan parti akan datang agar “mengundi pemimpin yang terbaik” dan bukan dalam “senarai A atau senarai B”.
Turut menggesa pemilihan yang adil, beliau memberi amaran sebarang unsur penyalahgunaan tidak akan dikompromi sekiranya tindakan disiplin perlu diambil.
Anwar turut memberi bayangan beliau akan mendapatkan tempatnya di Parlimen pada sidang Dewan Oktober depan.
“Saya tidak akan ada jawatan di Parlimen. Saya akan jadi macam Lim Kit siang,” katanya merujuk kepada pemimpin veteran DAP.
Beliau, bagaimanapun berkata, beiau masih mempinyai tugas untuk: “Membantu pembaharuan Parlimen. Tiada masalah tiada jawatan.”
Anwar, yang baru-baru ini dibebaskan dari penjara atas sabitan liwat, berkata tiada siapa dapat bayangkan betapa gembiranya beliau selepas dibebaskan.
Mengenai keadaannya di penjara, beliau berkata ia adalah “penyeksaan”.
Beliau meluangkan masa kurang sejam di Sibu dan terus menuju ke lapangan terbang sebaik sahaja selesai berucap selama 20 minit. – 8 September, 2018
Komen