Bas masuk gaung, 17 maut di Indonesia


Menurut laporan media Indonesia, seramai 200 pekerja syarikat PT Catur Putra Raya itu dalam perjalanan ke Sukabumi menggunakan lima buah bas pelancong. – Gambar AFP, 8 September, 2018.

17 orang maut selepas bas pelancong yang membawa 31 pekerja sebuah syarikat pengedar motosikal, terjunam ke dalam sebuah gaung di Sukabumi, Jawa Barat.

Menurut agensi berita Antara, dalam kejadian 12.03 tengah hari waktu Indonesia bahagian barat, bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan dari Bogor menuju Sukabumi.

Menurut jurucakap polis Sukabumi, bas itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 25 meter.

Menurut laporan media Indonesia, seramai 200 pekerja syarikat PT Catur Putra Raya itu dalam perjalanan ke Sukabumi menggunakan lima buah bas pelancong.

Semua bas berkenaan dalam konvoi menuju ke kawasan perkhemahan Bravo Adventure di Sukabumi.

Bas yang terbabit kemalangan itu berada di bahagian belakang barisan konvoi bas berkenaan sebelum dilaporkan terbabas dan terjunam ke dalam gaung. – Bernama, 8 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen