EMPAT roket ditembak ke arah Lapangan Terbang Basrah oleh penyerang yang belum dikenalpasti, kata sumber pihak keselamatan Iraq.
Kejadian itu berlaku ketika angka kematian ekoran tunjuk perasaan kerana perkhidmatan awam yang teruk di Iraq mencapai 12 orang.
Bandar utama di daerah selatan negara itu menyaksikan siri demonstrasi sejak Selasa lalu. Para peserta demonstrasi dilaporkan membakar bangunan kerajaan dan konsulat Iran serta pejabat-pejabat tentera dan parti-parti politik yang mempunyai hubungan rapat dengan Tehran setelah 30,000 penduduk negara itu dimasukkan ke hospital setelah meminum air tercemar.
Identiti penembak roket-roket yang mendarat di dalam kawasan lapangan terbang itu itu belum dikenalpasti, kata sumber.
Sumber berkenaan turut berkata pekerja-pekerja di lapangan terbang tersebut dikatakan tidak mengalami apa-apa kecederaan.
Konsulat Amerika terletak berdekatan dengan lapangan terbang berkenaan. – AFP, 8 September, 2018.
Komen