Rundingan damai kerajaan Yaman, puak Houthi diambang kegagalan


Masa depan Yaman masih tidak menentu apabila rundingan damai antara kerajaan dan puak pemberontak menemukan kegagalan.– Gambar AFP, 8 September, 2018.

WAKIL kerajaan Yaman yang tiba di Geneva untuk menyertai rundingan damai hasil usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), akan pulang ke tanah air selepas wakil pemberontak gagal menghadirkan diri.

Sumber kerajaan berkata delegasi itu mengambil keputusan untuk pulang selepas rundingan ditangguh selama tiga hari.

Delegasi puak pemberontak Houthi enggan menghadiri pertemuan itu selagi PBB menunaikan tuntutan termasuk memastikan mereka selamat pulang ke ibu negara Yaman, Sanaa selepas rundingan tamat.

Wakil pemberontak, Hamid Issam berkata mereka akan terus kekal di Sanaa yang merupakan kubu kuat kumpulan penentang kerajaan Yaman.

Beliau enggan mengulas lanjut sama ada akan menutup ruang rundingan dengan pihak kerajaan.

Pertempuran antara kedua-dua pihak itu tercetus semula semalam apabila tentera kerajaan cuba mara ke kawasan pelabuhan Hodeida dekat Laut Merah yang dikuasai pemberontak.

Rundingan Geneva yang sepatutnya bermula pada Khamis lalu, menjadi rundingan damai rasmi antara kedua-dua seteru itu sejak 2016.

Hampir 10,000 orang terbunuh sejak konflik pemberontakan tercetus di Yaman disusuli campur tangan tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi. – AFP, 8 September, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen