SEKURANG-KURANGNYA 12 orang terbunuh dalam bantahan membantah kepincangan perkhidmatan awam di Basra, selatan Iraq, kata Kementerian Kesihatan pada Ahad.
Beberapa bantahan tercetus di Basra sejak Selasa, dengan penunjuk perasaan membakar konsulat Iran, bangunan kerajaan serta pejabat parti politik dan militia yang dianggap rapat dengan Tehran.
Kemarahan awam tercetus selepas 30,000 orang dimasukkan ke hospital selepas minum air tercemar, di bandar yang penduduknya sudah lama merungut tentang kekurangan bekalan air dan elektrik, korupsi dan kurangnya peluang pekerjaan.
Kementerian Kesihatan berkata 12 orang terbunuh sejak Selasa, manakala 48 orang awam dan dua anggota polis cedera.
Ia tidak menjelaskan punca kematian.
Sumber perubatan di Basra berkata dua penunjuk perasaan terbunuh pada malam Jumaat.
Parlimen Iraq dijangka mengadakan persidangan tergempar pada Sabtu untuk membincangkan krisis perkhidmatan awam yang mencetuskan kekecohan itu. – AFP, 8 September, 2018.
Komen