Samseng Taiwan bertaubat, kini beri mee percuma


Bekas samseng Taiwan Yen Wei Shun kini membantu perniagaan mee keluarganya dan memberi makanan percuma kepada golongan susah.– Gambar AFP, 8 September, 2018.

SELAMA hidupnya, Yen Wei Shun berada di jalan yang salah. Namun samseng Taiwan itu kini sudah bertaubat dan kini menjual mee untuk pelanggan berpendapatan rendah.

Keluarganya mengusahakan jualan mee di warung pasar tradisional Bandar Baru Taipei selama beberapa dekad.

Kini di usia 40 tahun, Yen bekerja dengan ibunya menyediakan mee percuma untuk pelanggan yang tidak mampu.

Perniagaan Yen itu menarik minat media tempatan dan video tentang kehidupannya yang dihasilkan di laman web Shanghai kini ditonton ratusan ribu penonton di Youtube.

Kehidupan samsengnya bermula seawal usia 15 tahun apabila didapati bersalah memukul seorang lelaki sehingga menyebabkan kematian dalam sebuah pergaduhan antara kumpulan samseng.

Yen dipenjarakan selama lebih kurang 4 tahun setengah.

Namun setelah dibebaskan, Yen masih tidak serik dan kembali ke mahkamah kerana memiliki senjata api.

Nasib menyebelahinya, beliau dibebaskan daripada dakwaan dan menyifatkan peristiwa itu “sebagai peluang kedua dari langit”.

“Kes itulah yang membuat saya sedar, saya mula menghargai apa yang saya miliki sejak peristiwa itu, ia adalah keluarga dan kebebasan saya,” beritahu Yen kepada agendi berita AFP.

Mee yang dijual di warung keluarganya dikenali kerana dipenuhi kuah hangat beserta daging.

Yen mengatakan sejumlah 600 sehingga 700 mangkuk akan diedarkan secara percuma kepada golongan susah setiap bulan. – AFP, 8 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen