Remaja AS dituduh bunuh, rogol warga emas 80 tahun


SEORANG remaja 14 tahun yang disyaki merogol dan membunuh seorang wanita warga emas berusia 80-an di bandar Baltimore, Amerika Syarikat, akan didakwa sebagai seorang dewasa dengan pertuduhan membunuh, kata pihak berkuasa.

Tyrone Harvin, yang baru menyambut ulang tahun ke-14 bulan lalu dituduh menyerang Dorothy Mae Neal, 83, berhampiran rumahnya dan kemudian ditinggalkan di situ.

Mangsa meninggal dunia di hospital pada 30 Ogos.

“Ini individu paling muda pernah kami dakwa di Baltimore tahun ini dan mungkin untuk beberapa tahun lalu atas kesalahan membunuh,” kata jurucakap polis TJ Smith.

“Ia menyedihkan. Berlaku kegagalan sistem dalam kehidupan remaja itu hingga menyebabkan dia dituduh membunuh dan merogol. Ia keadaan yang tragik.”

Harvin dituduh merancang melakukan pembunuhan itu, pemerkosaan yang teruk, serangan seksual dan keganasan.

Dengan populasi 600,000 orang, bandar pelabuhan Baltimore mempunyai kadar pembunuhan tertinggi di Amerika Syarikat. – AFP, 8 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen