ANGKA korban gempa bumi yang menggegarkan utara pulau Hokkaido meningkat sekurang-kurangnya 30 orang manakala peluang untuk menemukan sembilan mangsa yang hilang semakin pudar.
Kira-kira 40,000 anggota penyelamat menyertai operasi mencari itu dengan menggunakan khidmat anjing pengesan, jengkaut dan 75 buah helikopter.
Gempa berkekuatan 6.7 magnitud itu juga menyebabkan lebih separuh daripada 5.3 juta penduduk di pulau berkenaan terputus bekalan elektrik selain mengakibatkan tanah runtuh yang meranapkan kediaman.
Bagaimanapun bekalan kuasa berjalan dipulihkan di kebanyakan kawasan dan tinggal kira-kira 20,000 penduduk masih bergelap.
Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe berkata kerajaan akan mengeluarkan dana kecemasan untuk menghantar bekalan makanan, air dan minyak kepada pihak hospital.
Sekurang-kurangnya 31,000 keluarga masih belum mendapat bekalan air bersih manakala 16,000 mangsa telah ditempatkan di pusat pemindahan. – AFP, 8 September, 2018.
Komen