Pengasas Alibaba, Jack Ma umum bersara


Pengasas syarikat Internet terkemuka dunia Alibaba, Jack Ma mengumumkan persaraan daripada syarikat itu. – Gambar EPA, 8 September, 2018.

PENGASAS dan pengerusi eksekutif Alibaba, Jack Ma mengumumkan beliau akan bersara daripada syarikat gergasi e-perdagangan itu bermula Isnin untuk menumpukan sepenuh masanya kepada kerja kebajikan berfokuskan pendidikan.

Ma ialah guru bahasa Inggeris sebelum memulakan Alibaba pada 1999 dan membinanya sehingga ia menjadi perniagaan Internet bernilai bilion dolar.

Sahamnya dalam syarikat itu dinilai sebanyak AS$420.8 bilion berdasarkan kepada harga saham ketika dagangan ditutup pada Jumaat.

Ma memberitahu The New York Times bahawa beliau bercadang untuk berundur dari syarikat itu, merujuk kepada persaraannya sebagai “permulaan satu era”, bukannya pengakhiran. – AFP, 8 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen