Arab Saudi pintas peluru berpandu dari Yaman


Gambar fail bertarikh 27 Mac 2018 menunjukkan militan Houthi melancarkan peluru berpandu ke Arab Saudi. – Gambar AFP, 7 September, 2018.

TENTERA gabungan pimpinan Arab Saudi mengumumkan pada Jumaat bahawa ia telah berjaya memintas sebutir peluru berpandu yang ditembak oleh militia Houthi dari Yaman ke arah sempadan bandar Jazan, lapor agensi berita China Xinhua.

“Peluru berpandu itu telah dipintas dan dimusnahkan oleh angkatan tentera udara Arab Saudi pada petang Khamis. Tiada kecederaan dilaporkan,’’ kata jurucakap tentera gabungan, Turki Al Maliki dalam satu kenyataan kepada Agensi Akhbar Arab Saudi (SPA).

Pada Rabu, tentera gabungan berkata 23 orang awam cedera selepas terkena serpihan peluru berpandu yang terjatuh ke atas mereka di Najran.

Kedua-dua bandar Jazan dan Najran telah menjadi sasaran sejumlah 190 peluru berpandu sejak bermulanya perang Yaman pada 2015. 

Kebanyakan daripada mereka berjaya dipintas tanpa mengakibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan.

Al Maliki memberi amaran bahawa militia dan mereka yang mengangkut peluru berpandu akan dihukum. – Bernama, 7 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen