18 mangsa maut gempa bumi Jepun


Kira-kira 22,000 pekerja menyelamat termasuk tentera dipanggil untuk membekalkan bekalan air dan berkawal serta mencari mangsa terselamat. – Gambar EPA, 7 September, 2018.

PEKERJA penyelamat Jepun dengan jentolak dan anjing pengesan terpaksa membongkar timbunan lumpur untuk mencari mangsa yang terselamat daripada tanah runtuh yang menimbus rumah selepas gempa bumi, ketika jumlah kematian kini 18 orang.

Kira-kira 22 orang masih hilang di kawasan kecil di satu bandar di Atsuma, di mana taman perumahan itu hancur apabila tanah tinggi runtuh ketika gempa bumi melanda dengan magnitud 6.6.

“Kami dengan ada mangsa masih terkandas di bawah lumpur, jadi kami bekerja siang malam, tetapi sukar untuk menyelamatkan mereka,” kata anggota penyelamat.

“Kami akan mengambil langkah untuk mencari mereka.”

Kira-kira 1.6 juta isi rumah di pulau Hokaido masih terputus bekalan elektrik selepas gempa bumi memusnahkan loji membekalkan elektrik ke wilayah itu.

Menteri Industri Hiroshige Seko berkata jumlahnya dijangka berkurangan kepada 550,000 isi rumah hari ini.

“Ia akan ambil masa seminggu sebelum loji bekalan elektrik dapat dipulihkan. Jadi dalam tempoh itu, kami menghantar kenderaan generator elektrik ke hospital,” katanya.

Kira-kira 22,000 pekerja menyelamat termasuk tentera dipanggil untuk membekalkan bekalan air dan berkawal di stesen minyak dan pasar raya apabila orang ramai membeli barangan dan stok. – AFP, 7 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen