Senator AS cadang guna Perlembagaan singkir Trump


Senator Amerika Syarikat Elizabeth Warren menggesa penggunaan pindaan Perlembagaan bagi menyingkirkan Presiden Donald Trump. – Gambar EPA, 7 September, 2018.

SENATOR Amerika Syarikat (AS) Elizabeth Warren semalam berkata sudah tiba masanya untuk memohon pindaan perlembagaan bagi menyingkirkan Presiden Donald Trump jika barisan kepimpinan tertinggi percaya Trump tidak mampu lagi menjalankan tugasnya.

Komen ahli Demokrat itu susulan satu artikel pandangan oleh pegawai kanan pentadbiran yang enggan dinamakan, meluahkan rasa bimbangnya terhadap sikap dan moral Trump.

Artikel disiarkan di New York Times itu menggambarkan gerakan penentangan dalaman yang menghalang Trump mengambil “melulu”.

“Jika pegawai kanan pentadbiran fikir presiden AS tidak dapat menjalankan tugas, maka mereka sepatutnya menggunakan Pindaan 25,” kata Warren.

Seksyen 4 Pindaan 25 Perlembagaan membenarkan naib presiden dan anggota Kabinet untuk menulis surat kepada Kongres jika mereka percaya presiden tidak boleh melakukan tugasnya.

Dalam keadaan itu, naib presiden akan memangku tugas presiden – secara kekal jika Kongres bersetuju diikuti dengan undi bahawa presiden tidak boleh menjalankan tugas.

Pindaan itu yang disahkan pada 1967 itu membenarkan pindahan kuasa secara sementara jika presiden tidak berkemampuan akibat sesuatu seperti pembedahan, seperti pada 2002 ketika George W. Bush menjalani pembendahan.

Artikel itu disiarkan pada hari sama buku wartawan penyiasatan veteran Bob Woodward menggambarkan bagaimana pegawai akan mengeluarkan dokumen penting dari meja Trump bagi mengelak beliau menandatangani dasar yang teruk. – AFP, 7 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen