PELAKON veteran Amerika Syarikat, Burt Reynolds yang popular dengan filem “Deliverance” dan “Boogie Nights” meninggal dunia semalam, kata pengurus publisiti.
Aktor berusia 82 tahun yang mula melakar nama di pentas lakonan pada 1970-an itu meninggal dunia di sebuah hospital di Florida, kata pengurusnya, Erik Kritzer.
Sepanjang enam dekad bergelar anak seni, Reynolds pernah menerima pencalonan Oscar untuk watak sebagai pengarah filem porno Jack Horner dalam filem “Boogie Nights” pada 1997.
Tahun lalu, Reynolds menerima kritikan positif dan membanggakan menerusi penampilan dalam filem indie berjudul “The Last Movie Star”. – AFP, 7 September, 2018.
Komen