Kubur besar dengan 166 mayat ditemui di Mexico 


Pakar forensik Mexico menjalankan pemeriksaan di kawasan kubur besar di mana sekurang-kurangnya 166 mayat ditemui setakat ini di Veracruz.– Gambar EPA, 7 September, 2018

PIHAK berkuasa Mexico menemukan sekurang-kurangnya 166 mayat di sebuah kubur besar di negeri Veracruz, kata pendakwa raya pada Khamis, yang merupakan penemuan kejam terbaru di kawasan perang kartel dadah.

Veracruz merupakan bandar pelabuhan terbesar di timur Mexico itu mempunyai sejarah politik korup dan perebutan kuasa antara kartel dadah yang menambahkan lagi keganasan.

“Sekurang-kurangnya 166 mayat ditemui” dalam kubur besar di Veracruz, kata pendakwaraya ngeri Jorge Winckler kepada pemberita menjadikan ia sebagai penemuan terbesar setakat ini.

Kubur berkenaan terletak di tengah Veracruz, namun pihak berkuasa enggan mendedahkan lokasi sebenar atas faktor keselamatan, katanya. Pakar forensik masih menjalankan siasatan di tapak kubur berkenaan.

Winckler berkata, pihak berkuasa turut menemukan kira-kira 200 pakaian, 144 kad pengenalan dan pelbagai barangan peribadi lain.

Menurut kenyataan pejabat pendakwaraya, pemberi maklumat memberitahu pihak berkuasa ratusan mayat ditanam dalam satu kawasan yang sama.

“Berdasarkan analisis forensik ke atas penemuan itu, ia menjelaskan ia merupakan kubur rahsia yang berusia sekurang-kurangnya dua tahun,” katanya.

Pihak berkuasa turut menggunakan dron dan radar yang mampu menembusi permukaan tanah bagi mengesan mayat.

Terdapat kira-kira 32 kawasan kubur berasingan, katanya. – AFP, 7 September, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen