SEKURANG-KURANGNYA tiga orang terbunuh apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah bank di bandar Cincinnati, Amerika Syarikat hari ini.
Insiden itu berlaku pukul 9 pagi waktu tempatan di sebuah lobi dan tempat pemunggahan barang di bangunan Fifth Third Bank setinggi 30 tingkat itu.
“Seorang lelaki memasuki kawasan pemunggahan sebelum melepaskan tembakan,” kata Ketua Polis Cincinnati Eliot Isaac.
Kejadian itu disedari oleh anggota polis yang berada berhampiran lokasi serangan dan menembak mati penyerang, katanya.
Tiga mangsa meninggal dunia akibat kecederaan tembakan manakala dua lagi masih dirawat.
Identiti dan motif penyerang masih belum diketahui. – AFP, 6 September, 2018.
Komen