Facebook bakal bina pusat data bernilai RM4.1 bilion di Singapura


Pusat tersebut dijangka mula beroperasi sekitar 2022 dan akan menjadi pusat pelayan dan operasi IT Facebook. – Gambar EPA, 6 September, 2018.

FACEBOOK hari ini berkata akan melabur lebih AS$1 bilion (RM4 bilion) untuk membina sebuat pusat data di Singapura, yang pertama di Asia, yang dijana oleh tenaga yang boleh diperbaharui dan sesuai dengan iklim tropika republik itu.

Menurut Naib Presiden bagi pusat infrastruktur data, Thomas Furlong, pusat tersebut dijangka mula beroperasi sekitar 2022 dan akan menjadi pusat pelayan dan operasi IT Facebook.

Facebook menjangkakan pusat itu akan menggunakan 100% tenaga boleh diperbaharui, sama seperti pusat data lain.

Kemudahan bernilai S$1.4 bilion (RM4.2 bilion) bakal menjadi pusat data pertama yang direka dan dibina di Asia oleh Facebook kerana syarikat itu kian bergantung kepada kemudahan yang dibina khas bagi memenuhi keperluannya, kata Furlong.

Ia merupakan pusat data ke-15 Facebook.

Menurut Furlong, Facebook yang mempunyai 2.23 bilion pengguna aktif bulanan setakat akhir Jun, memilih Singapura kerana infrastruktur republik itu yang mantap, mempunyai pekerja mahir dan kemudahan menjalankan perniagaan dengan kerajaan. – AFP, 6 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen