Israel tutup laluan pejalan kaki di Gaza


Jurucakap tentera berkata keputusan itu dibuat selepas berlaku insiden gangguan kekerasan di kawasan sempadan, di mana ratusan penunjuk perasaan Palestin menyertainya pada Selasa. – Gambar EPA, 5 September, 2018.

TENTERA Israel mengumumkan penutupan laluan pejalan kaki Erez di Semenanjung Gaza pada Rabu, lapor agensi berita ANSAmed.

Jurucakap tentera berkata keputusan itu dibuat selepas berlaku insiden gangguan kekerasan di kawasan sempadan, di mana ratusan penunjuk perasaan Palestin menyertainya pada Selasa.

“Penunjuk perasaan melemparkan batu dan merosakkan kemudahan di kawasan laluan sebelah Palestin. Sebab itu keputusan dibuat untuk menutup laluan sehingga kerosakan diperbaiki,’’ tambah jurucakap itu.

Buat masa ini laluan hanya dibenarkan untuk kes-kes kemanusiaan. – Bernama, 5 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen