.jpg)
DR Maszlee yang saya kenali melalui media massa satu ketika dahulu adalah seorang yang lantang, hebat, berintegriti, cakap dengan penuh intipati, berwawasan dan dihormati oleh lawan dan kawan.
Banyak buku yang telah beliau hasilkan dan berkongsi idea-idea yang bernas.
Sebelum pilihan raya, beliau telah membuat pelbagai janji dan yang tidak boleh saya lupakan adalah menghapuskan tol terutamanya di Parlimen yang beliau menangi, Simpang Renggam.
Mereka kata janji beliau itu tidak boleh dipenuhi kerana KEROSAKAN yang telah dibuat oleh BN seolah-olah BN sebelum ini zalim, menindas, merosakkan rakyat, membuat kacau bilau dan tidak menyumbang apa-apa sama sekali kepada pembangunan negara dan rakyatnya.
Dua tiga hari yang lepas, Dr Maszlee telah dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Kalau saya dilantik jawatan tersebut, saya akan katakan, “eh jangan lah lantik saya, tapi kalau awak dah offer saya jadi presiden, saya terima dengan hati yang terbuka”. Sebenarnya, dikedudukan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia yang perlu menjaga hal ehwal sekolah, universiti dan pendidikan anak bangsa menerima lantikan tersebut adalah sesuatu yang janggal.
Saya bagi contoh begini, seorang Perdana Menteri (Uganda) telah dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji di Uganda. Apabila PM nak bagi peruntukan pada tabung haji, masyarakat akan mempertikaikan.
Bila tak bagi pula, masyarakat akan pertikaikan juga. Banyak keputusan boleh menunjukkan adanya conflict of interest . Mudah kan contoh ini?
Cuba kaitkan kes Dr Maszlee dengan UIAM. Fikirkan tentang peruntukan, dasar cadangan, sumbangan yang pihak kerajaan yang akan berikan kepada pihak UIAM. Bak kata Mat Sabu, (Sila baca ikut nada seperti Mat Sabu);
“Pengerusi 1MDB Najib. Menteri Kewangan Najib. Perdana Menteri Najib. Bila 1MDB tak cukup duit sebab dah belanja mewah dan nak minta duit pada Menteri Kewangan. Najib minta kepada Najib. Najib kata nanti… Aku bincang dulu dengan Perdana Menteri, Najib. Setelah Najib berbincang dengan Najib maka luluslah wang rakyat kepada Najib”.
Cuba kita kaitkan Ex UIAM (Maszlee) Presiden UIAM (Maszlee) dan Menteri Pendidikan Malaysia (Maszlee) dalam konteks yang sama dan nada yang sama sebagaimana yang Mat Sabu katakan ini.
Bukan kah itu lebih kurang sama saja?
Saya petik kenyataan Dr Maszlee dalam satu temuramah bertarikh 7 Jun 2018:
“This is a new era. I will make sure that the Pakatan Harapan (PH) government will never misuse universities for political interests… this includes me.”
(“Ini merupakan era baru. Saya akan pastikan Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan sampai bila-bila memperalatkan universiti untuk kepentingan politik…ini termasuk diri saya.”)
Kenyataan bercanggah dengan apa yang dikatakan dan kata-kata beliau tidak boleh dipercayai lagi. Maka tidak hairan lah, janji-janji yang beliau katakan tol dan PTPTN akan dihapuskan serta pelbagai jenis janji sehingga sekarang tiada satu pun yang dilaksanakan.
Jika ada pun yang berjaya, ia hanyalah sekadar tukar warna kasut sekolah sahaja.
Jadi, bolehkah kita mempercayai idea-idea yang beliau telah tuliskan di dalam buku-buku yang ada di pasaran hari ini? Boleh kah kita percaya tindakan orang seperti ini akan membawa anak bangsa kita ke arah yang lebih gemilang?
Akhirnya semua orang mula sedar bahawa Dr. Maszlee adalah seorang ahli politik yang cakap, tulis, umum dan buat semuanya lain. – 5 September, 2018
*Ryan AZ merupakan Sekretariat Persatuan Pemikir Muda Johor.
*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.
Komen