Mahkamah Israel benarkan penempatan Palestin dimusnahkan


Terdapat tekanan kuat antarabangsa supaya Israel membatalkan rancangan memusnahkan Khan al-Ahmar yang dakwa Israel dibina secara haram. – Gambar EPA, 5 September, 2018.

MAHKAMAH Israel pada Rabu membenarkan arahan untuk memusnahkan kampung Bedouin rakyat Palestin di Tebing Barat selepas memperdebatkan petisyen mencabar keputusan itu.

Terdapat tekanan kuat antarabangsa supaya Israel membatalkan rancangan memusnahkan Khan al-Ahmar yang dakwa Israel dibina secara haram.

“Kami tolak petisyen ini” yang difailkan untuk menghalang pemusnahan Khan al-Ahmar, kata panel hakim mahkamah agung dalam penghakimannya, menambah yang arahan sementara menghalang pemusnahan kampung tersebut “akan dibatalkan dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini.”

Kampung itu terdiri daripada penempatan sementara dibuat daripada zink dan kayu, seperti mana banyak kampung di Bedouin.

Pada Mei, Mahkamah Agung menolak rayuan terakhir menentang pemusnahannya selepas sembilan tahun perbicaraan dihadapan pelbagai tribunal.

Aktivis berkata penduduk kampung tidak ada pilihan lain kecuali membina tanpa permit Israel yang tak pernah dikeluarkan kepada rakyat Palestin dalam kawasan Tebing Barat. Israel mengawal hal ehwal sivil kawasan itu.

Menteri Pertahanan Avidgor Lieberman yang menyelia kawasan takluk Israel di Tebing Barat, memuji keputusan hakim dalam berdepan serangan terancang oleh (Presiden Palestin Mahmud Abas) Abu Mazen, puak haluan kiri dan negara Eropah.”

“Tiada sesiapa lebih tinggi daripada undang-undang, tiada sesiapa akan menghalang kita daripada bertindak (melindungi) kedaulatan dan tanggungjawab sebagai sebuah negara,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP, 5 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen