9,000 penumpang terkandas kerana hujan lebat di China


Sehingga 12 tengah hari, sejumlah 34 penerbangan dibatalkan, 98 ditunda dan 30 mendarat di lapangan terbang lain, menurut kenyataan dikeluarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Shuangliu Chengdu. – Gambar EPA, 5 September, 2018.

SEKITAR 9,000 penumpang pesawat terkandas berikutan hujan lebat di Chengdu, ibu negara wilayah Sichuan, China, menurut pihak berkuasa tempatan pada Rabu.

Hujan berserta ribut melanda bandar raya itu mulai pukul 3 hingga 5 pagi, lapor Xinhua.

Bermula pukul 10.30 pagi, hujan lebat sekali lagi melanda bandar tersebut, memaksa lapangan terbang menutup kedua-dua landasan buat sementara waktu.

Sehingga 12 tengah hari, sejumlah 34 penerbangan dibatalkan, 98 ditunda dan 30 mendarat di lapangan terbang lain, menurut kenyataan dikeluarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Shuangliu Chengdu.

Sichuan dilanda hujan lebat pada musim panas, menyebabkan pihak berkuasa meteorologi mengeluarkan amaran untuk bersedia menghadapi kemungkinan berlakunya bencana jika hujan berterusan. – Bernama, 5 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen