Jutawan China ditahan di AS berhubung kes rogol


Pengasas JD.com Richard Liu ditahan di Amerika Syarikat minggu lalu kerana tuduhan rogol. – Gambar EPA, 5 September, 2018.

PENAHANAN jutawan teknologi dan Pengasas JD.com Richard Liu ditahan di Amerika Syarikat minggu lalu kerana tuduhan rogol, lapor Wall Street Journal.

Liu dibebaskan tanpa didakwa selepas penahannya pada Jumaat dan kini sudah pulang ke China.

JD.com, syarikat yang diasaskannya pada 1998 ialah syarikat e-perdagangan di China dan pesaing utama bagi pendahulu industri Alibaba.

Pihak berkuasa di Minnesota dilaporkan menyiasat aduan terhadap Liu yang dibuat oleh seorang pelajar perempuan dari China.

Liu, 45, berada di bahagian barat AS kerana turut serta dalam program PhD dalam jurusan pentadbiran perniagaan yang ditawarkan oleh University of Minnesota.

Pejabat Pendakwa Raya Daerah Hennepin berkata pihak pendakwa raya masih menunggu fail kes dari penyiasat polis sebelum memutuskan sama ada akan mendakwa Liu atau tidak.

Polis Minneapolis tidak dapat dihubungi untuk komen.

Jabatan polis Minneapolis pada minggu lalu berkata siasatan masih aktif tetapi tidak dapat mengesahkan butiran penahanan atau tuduhan terhadap Liu. – AFP, 5 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen