Bekas senator Jon Kyl ganti McCain


Bekas senator Jon Kyl dinamakan sebagai pengganti sementara kepada John McCain yang meninggal dunia bulan lalu. – Gambar AFP, 5 September, 2018.

GABENOR Arizona menamakan bekas senator Jon Kyl sebagai pengganti sementara kepada John McCain yang meninggal dunia bulan lalu.

“Tiada seorang pun di Arizona yang ada kedudukan seperti senator Jon Kyl. Beliau individu yang cukup berkebolehan,” kata Gabenor Doug Ducey kepada wartawan di Phoenix.

Kyl, 76, akan ke Washington untuk mengangkat sumpah, beberapa hari sebelum Senat mengesahkan pelantikan Brett Kavanaugh sebagai hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat pilihan Presiden Donald Trump.

Ducey berkata pelantikannya tidak berasaskan politik, walaupun Kyl bekerjasama rapat dengan White House sejak akhir-akhir ini bagi mengesahkan kedudukan Kavanaugh di Senat.

Kyl berkhidmat selama 18 tahun bersama McCain di Senat, sehingga 2013, dan menyifatkan peluang yang diberikan sebagai satu penghormatan.

Beliau dijangka hanya akan berkhidmat sehingga Januari 2019. Kerusi itu akan dibuka untuk pemilihan semula pada November 2020. – AFP, 5 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen