Kilang cip Samsung di Korea Selatan alami kebocoran gas, seorang maut


Kebocoran gas itu telah meragut nyawa seorang pekerja berusia 24 tahun dari subkontraktor Samsung. – Gambar AFP, 4 September, 2018.

SEORANG maut manakala dua lagi cedera selepas terdedah kepada karbon monoksida dalam satu insiden gas bocor di kilang semikonduktor Samsung Electronics Co yang terletak di tenggara Seoul, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan pihak berkuasa di Yongin pada Selasa.

Kesemua mangsa ditemui tidak sedarkan diri pada kira-kira pukul 2 petang di sebuah fasiliti bagi memadam kebakaran yang dipenuhi karbon dioksida di ruang bawah tanah yang menempatkan unit pengeluaran di Giheung dalam Wilayah Gyeonggi, kira-kira 34 kilometer dari Seoul, menurut polis tempatan dan anggota bomba.

Kebocoran gas itu telah meragut nyawa seorang pekerja berusia 24 tahun dari subkontraktor Samsung. 

Dua lagi mangsa kini menjalani rawatan di sebuah hospital namun masih tidak sedarkan diri, kata polis.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca insiden itu. – Bernama, 4 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen