IRELAND dan United Kingdom (UK) mungkin bergabung untuk membida menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2030, lapor Sputnik, memetik media tempatan.
Persatuan Bola Sepak England (FA) juga sedang mempertimbangkan untuk mengemukakan bidaan.
Perkara itu masih belum diputuskan, tetapi minggu lalu Presiden Persatuan Persatuan Sepak Bola Eropah (UEFA) Aleksander Ceferin dilaporkan menyambut baik cadangan tersebut.
Menurut akhbar Daily Mail, FA belum menghantar permintaan secara rasmi ke persatuan bola sepak Ireland.
Penganjuran bersama boleh menyelesaikan masalah kekurangan venue untuk Piala Dunia di Ireland Utara, kerana Dublin hanya mempunyai dua stadium yang sesuai iaitu Stadium Aviva dan Croke Park.
Masalah mungkin dihadapi UK kerana negara itu mempunyai empat pasukan kebangsaan - England, Ireland Utara, Scotland dan Wales. – Bernama, 4 September, 2018.
Komen