RIBUT taufan paling kuat melanda Jepun dalam tempoh 25 tahun menyebabkan kejadian tanah runtuh di negara itu, dengan agensi ramalan cuaca menjangkakan keadaan itu akan membawa sama angin kuat dan hujan lebat.
Taufan Jebi dengan kelajuan angin 216km sejam, menyebabkan tanah runtuh sekitar tengah hari tadi di barat Jepun, berhampiran kawasan yang masih belum pulih sepenuhnya daripada hujan lebat awal musim panas ini.
Perdana Menteri Shinzo Abe menggesa rakyat berpindah lebih awal dan mengarahkan kerajaannya mengambil semua langkah perlu untuk melindungi penduduk.
Agensi cuaca Jepun mengeluarkan amaran tentang kemungkinan tanah runtuh, banjir dan angin kuat, selain air pasang, kilat dan puting beliung di kawasan barat Jepun termasuk di bandar-bandar utama Osaka dan Kyoto.
Dengan kejaluan itu, Jebi dikelaskan sebagai ribut taufan yang sangat kuat, kata ketua agensi cuaca, Ryuta Kurora.
“Ini yang paling kuat sejak 1993.”
Dalam beberapa jam sebelum ribut petir menyebabkan tanah runtuh, Shikoku, salah satu daripada pulau-pulau utama Jepun, mengalami ribut kuat dan ia akan bertambah kuat, katanya.
Pihak berkuasa mengeluarkan arahan untuk lebih 300,000 orang di barat Jepun – termasuk 280,000 di bandar pelabuhan Kobe – dengan pihak berkuasa tempatan membina 1,500 pusat perlindungan, kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan.
Sekolah rendah dan menengah di kawasan terjejas ditutup atas langkah keselamatan, dengan perniagaan tempatan juga mengambil tindakan pantas, dengan syarikat kereta api utama dan Universal Studios Jepun di Osaka turut ditutup hari ini.
Hampir 600 penerbangan dibatalkan termasuk beberapa penerbangan antarabangsa yang dijadualkan berlepas dan tiba di Nagoya dan Osaka, begitu juga perkhidmatan feri menghubungkan pelabuhan di barat Jepun. – AFP, 4 September, 2018.
Komen