Gempa 5.5 landa Xinjiang, China


Gempa itu menggegar daerah Jiashi di Wilayah Kashgar, Xinjiang pada pukul 5.52 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC). – Gambar EPA, 4 September, 2018.

GEMPA bumi berukuran 5.5 magnitud melanda Wilayah Autonomi Uighur di Xinjiang, China pada pagi Selasa, lapor Xinhua. 

Tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini, demikian menurut pihak berkuasa tempatan. 

Gempa itu menggegar daerah Jiashi di Wilayah Kashgar, Xinjiang pada pukul 5.52 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Pusat gempa pada 39.51 darjah utara dan 76.98 darjah timur, dengan kedalaman lapan kilometer.

Pihak berkuasa tempatan telah menghantar petugas ke kawasan terjejas untuk meninjau keadaan. – Bernama, 4 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen