BANJIR dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat di wilayah utara dan tengah Vietnam, sejak beberapa hari lepas mengorbankan 13 nyawa manakala tiga lagi masih hilang, kata Jawatankuasa Pusat Kawalan dan Pencegahan Bencana Alam pada Isnin.
Sehingga Isnin, sembilan terkorban dan tiga yang masih hilang dilaporkan di wilayah Thanh Hoa, lapor agensi berita Xinhua.
Empat wilayah di utara iaitu Hoa Binh, Yen Bai, Son La dan Lang Son pula masing-masing mencatatkan satu kematian.
Bencana itu turut merosakkan 364 rumah, lebih 6,523 hektar kawasan tanaman padi selain membunuh haiwan ternakan.
Sepanjang lapan bulan tahun ini, bencana taufan, banjir dan tanah runtuh mengakibatkan 153 maut atau hilang, manakala 119 lagi cedera, di samping kerugian harta sebanyak AS$304.3 juta, menurut Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam. – Bernama, 3 September, 2018.
Komen