Bot tentera, pengawal pantai musnah dalam letupan di pelabuhan Filipina


Satu kejadian letupan berlaku kira-kira pukul 12.30 pagi waktu tempatan di pelabuhan Masbate, kira-kira 100 meter dari stesen tentera dan pihak penguatkuasa Pesisir Pantai Filipina. – Gambar EPA, 3 September, 2018.

SATU letupan berlaku di pelabuhan di Masbate, sebuah pulau di wilayah Bicol, Filipina, memusnahkan bot milik Tentera Filipina dan pihak penguatkuasa Pesisir Pantai Filipina (PCG).

Jurucakap PCG Kapten Armand Balilo berkata, letupan berlaku kira-kira pukul 12.30 pagi waktu tempatan di pelabuhan Masbate, kira-kira 100 meter dari stesen PCG, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau berkata dua bot baharu PCG, manakala kesemua bot milik tentera musnah dalam kejadian itu dan polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

Siasatan awal mendapati, serangan mungkin dilakukan kumpulan tidak dikenali menggunakan bom buatan sendiri.

Kejadian itu yang kedua berlaku dalam tempoh sebulan.

Pada 2 Ogos, kejadian letupan di pelabuhan merosakkan dua motobot milik nelayan dan sehingga kini polis masih belum membuat kesimpulan sama ada kedua-dua kejadian mempunyai kaitan. – Bernama, 3 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen