Guan Eng bebas dakwaan rasuah


Looi Sue-Chern

Menteri Kewangan Lim Guan Eng melambaikan tangan kepada penyokong yang hadir di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini. Dakwaan rasuah terhadap beliau digugurkan. – Gambar The Malaysian Insight, 3 September, 2018.

DAKWAAN rasuah terhadap bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung pembelian banglo Jalan Pinhorn ditarik balik.

Lim, yang kini menteri kewangan, didakwa pada 2016 kerana membeli banglo daripada bekas pemilik Phang Li Khoon di bawah harga pasaran ketika beliau menjadi ketua menteri. Phang juga didakwa secara bersama dengan Lim.

Hakim Hadhariah Syed Ismail memberitahu mahkamah yang dipenuhi rakan DAP Lim, penyokong dan media, beliau dan Phang dilepas dan dibebaskan.

Keputusan itu susulan permohonan yang difailkan oleh peguam Lim - yang diketuai oleh peguam Ramkarpal Singh - kepada Jabatan Peguam Negara atas tuduhan rasuah terhadap setiausaha agung DAP digugurkan selepas perubahan kerajaan di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Pihak pembela mengekalkan dakwaan terhadap Lim, yang sebelum ini di pihak pembangkang dan pengkritik vokal kerajaan persekutuan Barisan Nasional, adalah bermotifkan politik.

Pihak pendakwaan memberitahu mahkamah hari ini ia memutuskan untuk tidak meneruskan kes itu lagi.

Lim dituduh menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan membeli bunglo daripada Phang pada harga RM2.8 juta ketika nilai pasaran hartanah itu dikatakan bernilai RM4.27 juta pada 28 Julai 2015 - satu kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Beliau boleh dihukum penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Phang didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Lim pada 28 Julai tahun lepas berhubung pembelian banglo itu. Beliau menghadapi hukuman yang sama di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan jika didapati bersalah.

Lim juga dituduh menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dan isterinya Betty Chew dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem untuk menukar status tanah pertanian kepada kediaman semasa mesyuarat jawatankuasa perancang negeri pada 18 Julai 2014 - satu kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Phang dilaporkan sebagai pengarah Emblem Magnificent. – 3 September, 2018.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen