Dr Mahathir tiba di Brunei untuk lawatan rasmi 2 hari


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di Bandar Seri Begawan untuk memulakan lawatan rasmi dua hari ke Brunei Darussalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 September, 2018.

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di Bandar Seri Begawan untuk memulakan lawatan rasmi dua hari ke Brunei Darussalam.

Pesawat yang membawa perdana menteri dan isteri Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan rombongan mendarat kira-kira pukul 4.25 petang serta ketibaan mereka disambut oleh Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah.

Ini adalah lawatan rasmi kedua Dr Mahathir ke negara Asia Tenggara selepas Indonesia dan ia merupakan sebahagian daripada siri lawatan pengenalan beliau setelah menyandang kembali jawatan Perdana Menteri pada 10 Mei lepas.

Sebaik tiba, Dr Mahathir dijadual menghadiri majlis perjumpaan dengan rakyat Malaysia di Hotel Rizqun International di sini pada sebelah malamnya.

Pada keesokkan hari pula beliau dijangka mengadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, di Istana Nurul Iman disusuli dengan Majlis Santapan Tengah Hari yang dihoskan baginda. – Bernama, 2 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen