PRESIDEN Mesir Abdel Fattah al-Sisi meluluskan undang-undang baharu yang membenarkan pihak berkuasa memantau pengguna media sosial di negara berkenaan sebagai sebahagian daripada kawalan ketat internet, lapor media rasmi negara itu pada Sabtu.
Diluluskan di parlimen pada Julai, Majlis Tertinggi Peraturan Media akan mempunyai kuasa untuk meletakkan lebih 5,000 pengikut di media sosial atau blog peribadi di bawah pengawasan.
Majlis berkenaan mempinyai kuasa untuk menggantung atau menyekat akaun peribadi yang menyiarkan berita palsu atau apa-sahaja (maklumat) melanggar undang-undang dan mencetuskan kebencian”.
Undang-undang tu merupakan satu agi langkah menurut kumpulan hak asasu manusia, untuk mengekang kebebasn bersuara dalam talian, dengan internet yang menjadi forum terakhir untuk perbahasan awam berkenaan pentadbiran al-Sisi.
Pada Ogos lalu, presiden menandatangani satu lagi perundangan yang membenarkan pihak berkuasa, menerusi hakim, untuk mengarahkan sekatan terhadap laman web yang mengancam ekonomi dan keselamatan Mesir.
Mereka yang mentadbir laman berkenaan, dengan niat atau “tidak sengaja dengan alasan tidak sah”, boleh berdepan hukuman penjara dan denda.
Pihak berkuasa menegaskan langkah itu perlu bagi mengekang ketidakstabilan dan keganasan dalam negara berkenaan. – AFP, 2 September, 2018
Komen