PEMBUNUHAN pemimpin utama kumpulan pemisah timur Ukraine adalah satu bentuk provokasi yang akan menjejaskan perjanjian perdamaian yang diusahakan Barat, kata jurucakap kepada Presiden Rusia Vladimir Putin hari ini.
“Tidak disangkal lagi bahawa ini adalah satu bentuk provokasi,” kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov kepada pemberita, lapor agensi berita Rusia.
“Kematian (Alexander) Zakharchenko akan meningkatkan ketengangan di wilayah tersebut” dan akan menjejaskan perjanjian Minsk yang diusahakan Perancis dan German pada 2015.
Ketua Republik Rakyat Donestsk berusia 42 tahun itu terbunuh pada Jumaat dalam insiden pengebomanan di sebuah kafe dekat bandar Donestsk yang dikawal pemberontak.
Pegawai Rusian lain turut menyifatkan pembunuhan Zakharchenko sebagai tamparan hebat terhadap usaha keamanan di Ukraine. – AFP, 1 September, 2018.
Komen