AS henti biaya agensi pelarian Palestin PBB


UNRWA memerlukan dana tambahan AS$200 juta untuk terus beroperasi tahun ini, tindakan AS bakal memaksa 711 sekolah untuk pelarian Palestin ditutup. – Gambar EPA, 1 September, 2018.

AMERIKA SYARIKAT mengumumkan ia menghentikan pembiayaan untuk agensi pelarian Palestian kendalian PBB pada Jumaat selepas mengisytiharkan organisasi itu sebagai “pincang yang tak boleh dibaiki.”

Washington sudah lama menjadi pembiaya terbesar Agensi Kerja dan Menyelamat PBB (UNRWA) tetapi “tidak lagi bersedia untuk menanggung beban yang tidak sekata,” kata jurucakap Jabatan Negara Heather Nauert dalam satu kenyataan.

Beberapa jam selepas Palestin memberi amaran yang tindakan itu akan menutup peluang damai dengan Israel, Nauert berkata tidak akan ada dana tambah selain daripada bayaran AS$60 juta yang dibuat pada Januari.

“Amerika Syarikat tidak akan lagi boleh beri komitmen dengan pembiayaan seterusnya kepada operasi pincang yang tidak boleh dibaiki ini,” tambah Nauert.

Wujud amaran tentang kesan penghentian dana dari AS yang menyumbang AS$350 juta kepada bajet UNRWA tahun lepas.

Agensi itu memberi bantuan kepada lima juta pelarian Palestin berdaftar dan menyediakan persekolahan kepada 526,000 kanak-kanak di Palestin serta kem di Lebanon, Syria dan Jordan.

Tindakan penghentian pembiayaan itu sudah mendapat amaran UNRWA bahawa mereka terpaksa menutup 711 sekolah yang diuruskannya.

Walaupun wujud kelegaan kepada agensi itu pada Khamis selepas Jerman berkata ia akan memberi dana tambahan, Pengarah UNRWA Pierre Krahenbuhl pada awal minggu ini berkata agensi itu memerlukan AS$200 juta untuk terus beroperasi hingga hujung tahun ini.

Minggu lepas AS mengumumkan ia membatalkan bantuan lebih AS$200 juta kepada rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Israel dan AS menududh UNRWA memburukkan krisis Israel-Palestin dengan terus berpegang kepada idea hak untuk pulang- yang rakyat Palestin akan boleh pulang ke tanah air mereka.

Kedua-dua kerajaan juga menuduh PBB berat sebelah kepada Israel, membangkitkan sejarah panjang Perhimpunan Agung menentang negara Yahudi itu.

Pihak Berkuasa Palestin enggan berhubungan dengan Washington selepas Presiden Donald Trump mengumumkan pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel. Kawasan itu jadi rebutan antara Palestin dan Israel. – AFP, 1 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen