Mahkamah Afrika Selatan arah kerajaan iktiraf perkahwinan Islam


Pusat Perundangan Wanita mendakwa wanita Islam Afrika Selatan yang bercerai tidak menerima nafkah daripada bekas suami ekoran tidak dilindungi undang-undang negara itu. – Gambar AFP, 31 Ogos, 2018.

SEBUAH mahkamah di Afrika Selatan mengarahkan kerajaan untuk mengubah undang-undang bagi mengiktiraf perkahwinan Islam buat pertama kali bagi mengelakkan pelanggaran Perlembagaan negara itu.

Di bawah sistem undang-undang negara itu, perkahwinan Islam tidak diiktiraf, sekali gus mengehadkan hak wanita Islam untuk mendapatkan pembelaan dalam kes cerai.

Mahkamah Tinggi Western Cape mengarahkan pihak perundangan mengiktiraf perkahwinan Islam mengikut undang-undang Syariah, sebagai perkahwinan sah.

“Presiden, barisan Kabinet dan Parlimen diarahkan untuk membetulkan kelemahan ini dalam tempoh 24 bulan selepas arahan ini dikeluarkan,” kata hakim Siraj Desai.

Kes itu dikemukakan oleh Pusat Perundangan Wanita (WLC) dengan hujah yang mengatakan wanita Islam tidak mendapat hak dan perlindungan undang-undang apabila berkahwin terutamanya dalam kes penceraian.

WLC mendakwa, wanita Islam yang bercerai tidak menerima nafkah daripada bekas suami ekoran tidak dilindungi undang-undang.

“Wanita Islam kini boleh menikmati perlindungan perundangan di bawah Akta Perkahwinan,” kata peguam WLC Charlene May.

Kira-kira 1.5 peratus daripada 55 juta penduduk Afrika Selatan adalah beragama Islam.

It claimed Muslim women entering into Islamic marriages were often left without access to property and money in cases of marital breakdown. – AFP, 31 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen