Insiden tikaman di Belanda, dua mangsa cedera


Anggota keselamatan mengawal lokasi serangan tikaman di Central Station, Amsterdam yang mengakibatkan dua mangsa cedera. – Gambar AFP, 31 Ogos, 2018.

DUA orang cedera dalam serangan tikaman di kawasan sibuk di ibu negara Belanda hari ini.

Polis Belanda berkata, serangan itu berlaku di Central Station yang menyaksikan suspek penyerang turut mengalami kecederaan akibat ditembak pihak berkuasa.

“Suspek ditembak selepas disyaki terlibat dalam insiden tikaman di Central Station, Amsterdam,” kata pihak polis.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada serangan itu dikaitkan dengan aktiviti keganasan.

Malah motif serangan juga masih tidak diketahui dan pihak polis tidak menolak terhadap sebarang kemungkinan.

Susulan insiden itu, pihak polis mengarahkan orang ramai mengosongkan kawasan tumpuan pelancong itu dan menghentikan perkhidmatan kereta api yang melalui lokasi kejadian. – AFP, 31 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen