BADAN kehakiman sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan campur tangan hakim kanan dalam dua kes berprofil tinggi - penukaran agama sepihak anak M Indira Gandhi dan membabitkan mendiang Karpal Singh.
Ketua Hakim Richard Malanjum dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau mengambil perhatian mengenai perkara itu dan satu siasatan dalaman sedang dijalankan susulan kenyataan media berhubung dua kes berkenaan.
Kenyataan itu berkata “Ketua hakim akan mengambil tindakan yang tepat setelah hasil siasatan diperoleh”.
Awal bulan ini, Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer mendakwa ditegur oleh seorang hakim kanan kerana menulis penghakiman bertentangan pada dua tahun yang lalu berhubung hal penukaran agama anak-anak Indira.
Hamid menulis, antara lain, penukaran agama kanak-kanak berkenaan tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran ibu mereka.
Akibatnya, Hamid mendakwa telah dikenakan tindakan apabila tidak dibenarkan mendengar kes-kes berkaitan kepentingan awam dan perlembagaan.
Ekoran keputusan berkenaan, Hamid mendakwa telah dikenakan tindakan apabila tidak dibenarkan mendengar kes-kes berkaitan kepentingan awam dan perlembagaan. – 31 Ogos, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen