SAHAM syarikat permainan video China jatuh merudum hari ini berikutan kerajaan mahu mengawal jumlah permainan dalam talian bagi mengekang masalah rabun jauh di kalangan kanak-kanak.
Ia merupakan langkah terbaharu kerajaan China dalam mengetatkan pengawasannya terhadap industri permainan video yang popular dan berkembang pesat di negara itu.
Peraturan itu diumumkan lewat semalam selepas Presiden Xi Jinping mengeluarkan “arahan penting” untuk melindungi penglihatan kanak-kanak di China.
Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Pendidikan berkata pihak berkuasa akan mengawal jumlah permainan dalam talian, juga bilangan tajuk baharu.
Kenyataan yang turut ditandatangani oleh lapan kementerian itu turut berkata pihak berkuasa juga akan meneroka sistem amaran yang sesuai serta langkah mengehadkan jumlah jam bermain di kalangan kanak-kanak.
Pengumuman tersebut menyebabkan saham syarikat-syarikat permainan video China jatuh mendadak hari ini. – AFP, 31 Ogos, 2018.
Komen