Boeing akan bina dron pengisi minyak untuk Pentagon


Boeing akan diberi tugas untuk membangunkan segalanya bermula dari membentuk dan menghasilkan serta menyelenggara empat dron “MQ-25A Stingray” yang akan digunakan pada 2024. – Gambar AFP, 31 Ogos, 2018.

PENTAGON semalam mengumumkan telah menganugerahkan kontrak bernilai AS$805 juta (RM3.3 bilion) kepada syarikat gergasi aeroangkasa, Boeing, bagi membangunkan dron pengisi minyak tanpa pemandu yang pertama untuk Tentera Laut Amerika Sarikata (AS).

Boeing akan diberi tugas untuk membangunkan segalanya bermula dari membentuk dan menghasilkan serta menyelenggara empat dron “MQ-25A Stingray” yang akan digunakan pada 2024, menurut Tentera Laut dalam satu kenyataan.

Dron yang diberi nama kerana berbentuk seperti ikan pari itu akan dilancarkan dari pesawat pengangkut dan akan meningkatkan keupayaan pesawat tentera AS.

“Ini adalah hari yang bersejarah,” kata Laksamana Opreasi Tentera Laut AS, John Richardson.

Boeing sebelum ini terpaksa bersaing dengan General Atomics dan Lockheed Martin bagi kontrak tersebut. Kontrak akan dinaikkan kepada AS$13 bilion bagi 17 dron sekiranya empat dron pertama itu berjaya memenuhi keperluan tentera laut. – AFP, 31 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen