Jepun alami kekurangan tenaga buruh


Kajian berasingan yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan dan Industri yang dikeluarkan pada Jumaat menunjukkan pengeluaran kilang merosot 0.1% pada Julai berbanding pengeluaran pada Jun akibat kurang tenaga buruh. – Gambar EPA, 31 Ogos, 2018.

JEPUN mengalami kekurangan tenaga kerja berterusan apabila jumlah tawaran kerja melebihi jumlah pemohon pada kadar 2.5%, menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Jumaat.

Data pada Julai yang diperolehi dari Kementerian Dalam Negeri Jepun itu hanya menunjukkan sedikit kenaikan berbanding 2.4% pada Jun dan 2.2% pada Mei.

Nisbah kekosongan kerja kepada pemohon pada Julai adalah yang tertinggi dalam tempoh 44 tahun, dengan 163 tawaran kerja bagi setiap 100 pemohon, menurut tinjauan berasingan yang dijalankan Kementerian Buruh.

Kadar pengangguran di Jepun berkurang sejak 2010 iaitu pada kadar 5%.

Kerajaan mencadangkan sedikit kelonggaran terhadap sekatan yang dikenakan ke atas pekerja asing bagi membantu mengurangkan kekurangan tenaga kerja.

Kajian berasingan yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan dan Industri yang dikeluarkan pada Jumaat menunjukkan pengeluaran kilang merosot 0.1% pada Julai berbanding pengeluaran pada Jun.

Ia adalah penurunan bagi tiga bulan berturut-turut. – AFP, 31 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen