131 ditahan di Venezuela atas tuduhan cubaan sabotaj


Presiden Venezuela Nicolas Maduro cuba melakukan pembaharuan bagi meningkatkan ekonomi dan mengurangkan hiperinflasi di negara itu.– Gambar EPA, 31 Ogos, 2018

PIHAK berkuasa Venzuela menahan 131 orang yang didakwa cuba mensabotaj pembaharuan yang dilaksanakan Presiden Nicolas Maduro untuk meringankan krisis ekonomi yang dihadapi negara itu, kata peguam negaranya. 

Tarek William Saab berkata penahanan itu turut melibatkan beberapa pengurus rangkaian terbesar atas tuduhan “berspekulasi dan menyorok produk asas” yang tertakluk kepada harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Mereka ditangkap atas tuduhan cuba “merosakkan kestabilan ekonomi,” tambah Saab. 

Daripada mereka yang ditangkap, 29 telah dibebaskan dengan bersyarat dan 10 orang lain dilepaskan.

Maduro telah melancarkan pembaharuan yang bertujuan untuk menamatkan kemelesetan empat tahun dan menahan hiperinflasi Tabung Kewangan Antarabangsa meramalkan akan mencapai satu juta peratus tahun ini.

Salah satu daripada dasar itu adalah untuk menetapkan harga pada 25 produk asas, termasuk daging lembu, ayam dan telur, yang semuanya telah hilang dari rak pasar raya.

Kerajaan sosialis mengatakan harga telah dipersetujui berikutan perbincangan dengan perniagaan dan mengambil kira kos pengeluaran, tetapi kesatuan perdagangan Consecomercio menegaskan bahawa hanya 35 syarikat yang dirujuk dan mereka tidak mewakili seluruh sektor.

Kekurangan telah memaksa beratus-ratus kedai untuk ditutup.

“Segelintir peniaga dan ahli perniagaan membuat keputusan untuk menutup, yang lain menunggu untuk mengetahui aturan permainan yang akan mentadbir kita sekarang,” kata Presiden Consecomercio Maria Uzcategui kepada AFP.

Malah sebelum ketidakpastian yang disebabkan oleh langkah Maduro, 40 peratus kedai telah ditutup tahun ini, menurut Consecomercio. – AFP, 31 Ogos, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen