PM Iraq pecat pemimpin tentera bantuan


Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi mengumumkan pemecatan Falih Alfayyadh yang didakwa melanggar peraturan tentera.– Gambar EPA, 31 Ogos, 2018

PERDANA Menteri Iraq Haider al-Abadi pada Khamis mengumumkan pengguguran ketua pasukan tentera Hashed al-Shaabi, yang memainkan peranan utama dalam menewaskan kumpulan militan Islamic State.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan menyangkal ketua pasukan itu Falih Alfayyadh kerana “telah terlibat dalam perkara-perkara politik partisan yang bertentangan dengan peraturan-peraturan neutraliti yang dikenakan kepada ahli-ahli pasukan keselamatan dan perisikan”,

Alfayyadh, 62, turut dipecat daripada jawatannya sebagai penasihat keselamatan negara. 

Walaupun berada di senarai pilihan raya PM sebelum pilihan raya perundangan yang berlaku pada bulan Mei, Haider mengesyaki Alfayyadh berunding di belakangnya dengan pesaingnya Hadi al-Ameri ketika perbincangan pasca pilihan raya sedang dijalankan.

Pasukan bantuan Hashed al-Shaabi ditubuhkan oleh kerajaan Iraq pada tahun 2014, selepas panggilan kepada jihad oleh pemimpin Syiah, Ayatollah Ali Sistani untuk membantu dalam memerangi IS. – AFP, 31 Ogos, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen