BEKAS perisik tentera, juga seorang transgender, Chelsea Manning yang dijadual berucap dalam satu majlis di Sydney Opera House, mungkin tidak akan dibenarkan masuk ke Australia.
Selain berucap di Sydney, bekas anggota tentera Amerika Syarikat (AS) itu juga akan ke Brisbane dan Melbourne, lapor agensi berita Xinhua.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Peter Dutton berkata pihaknya sedang mempertimbangkan tidak memberikan visa kepada Manning di bawah seksyen 501 Akta Migrasi.
Di bawah seksyen itu, seseorang yang gagal lulus ujian pengesahan jantina, tidak boleh diberikan kelulusan visa.
Pihak kementerian telah memaklumkan mengenai perkara itu kepada Manning pada Rabu.
Manning sebelum ini pernah menjalai hukuman penjara tujuh tahun setelah disabitkan kesalahan membocorkan 700,000 dokumen sulit kepada WikiLeaks.
Pada Januari tahun lepas, bekas presiden AS, Barack Obama memendekkan tempoh hukumannya daripada 35 tahun kepada tujuh dan dibebaskan pada Mei tahun itu.
Penganjur siri jelajahnya, Think Inc pada Khamis menulis surat untuk mendapatkan sokongan bagi melobi Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri membenarkan kemasukkan Manning.
Sementara itu, Perdana Menteri Scott Morrison dilaporkan berkata, beliau akan berbincang mengenai perkara tersebut dengan Menteri Imigresen David Coleman.
Komen