SEKURANG-kurangnya 10 dilaporkan terbunuh dalam pilihan raya Venezuela yang bertukar ganas selepas rakyat di negara itu mengadakan demonsrasi besar-besaran.
Penunjuk perasaan bertindak menyerang pusat mengundi dan menyekat jalan raya di sekitar negara itu, menyebabkan pertumpahan darah membabitkan pasukan keselamatan yang melepaskan tembakan dalam beberapa insiden.
Pemimpin kanan pembangkang Henrique Capriles menggesa rakyat Venezuela untuk terus memberi tekanan terhadap pentadbiran Presiden Nicolas Maduro dengan bantahan dan protes serta pertumpahan darah.
“Kita tidak mengiktiraf proses pilihan raya yang korup,” katanya ketika menutup undi dan menggesa seluruh rakyat untuk berarak dan mengadakan protes besar-besaran di Caracas.
Maduro turut menetapkan larangan bantahan semasa dan selepas proses mengundi serta mengancam hukuman penjara sehingga 10 tahun kepada mereka yang terlibat.
Presiden parti sosialis itu dilihat memperjudikan pemerintahan selama 4 tahun terhadap 545 ahli dewan, yang akan dihadkan kuasanya bagi mengelakkan penguasaan kongres pembangkang dan menulis semula perlembagaan.
Pihak pendakwaraya berkata 10 orang terbunuh dalam kekejaman pilihan raya itu membawa kepada 120 kematian sepanjang empat bulan protes itu diadakan.
Mereka yang terbunuh termasuk calon ahi dewan baharu yang juga pemimpin pembangkang negeri, dua remaja dan anggota tentera di barat negeri Tachira, yang menyaksikan kekejaman paling buruk.
Di timur Caracas, tujuh anggota polis cedera apabila bom buatan sendiri disasarkan kepada konvoi motosikal mereka.
Pasukan keselamatan turut menggunakan kereta perisai, peluru getah dan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang menghalang jalan raya di ibu negara itu.
Tentera turut mengambil tindakan kejam ke atas penunjuk perasaan di bandar kedua Maracaibo dan Puoerto Ordaz di timur negara itu.
Pembangkang mengadakan boikot dan demonstrasi besar-besaran terhadap pilihan raya itu, dan mengutuk pemerintahan diktator yang diamalkan pentadbiran Maduro. – AFP, 31 Julai, 2017.
Komen