Perbicaraan bekas presiden Salvador tamat 


Bekas presiden Salvador Elias Antonia Saca sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan penyelewengan dan pengubahan wang dan aset sebagai pertukaran untuk singkatkan tempoh perbicaraan dan hukuman dikurangkan.– Gambar EPA, 30 Ogos, 2018

PERBICARAAN bekas presiden Salvador Elias Antonia Saca atas tuduhan pengubahan wang hara, lebih AS$300 juta ketika berkuasa akan diputuskan pada Rabu, dengan hukuman ditetapkan pada 12 September, kata jurucakap mahkamah. 

Saca yang mentadbir negara itu dari 2004 hingga 2009 sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan penyelewengan dan pengubahan wang dan aset sebagai pertukaran untuk singkatkan tempoh perbicaraan dan hukuman dikurangkan.

Sebahagian daripada perjanjian, pendakwa raya meminta hukuman 10 tahun penjara dan AS$300 juta itu dikembalikan oleh Saca dan enam yang lain sebagai “khidmat awam”, menurut kenyataan mahkamah. 

Mereka turut meminta bekas setiausaha komunikasi Julio Rank memulangkan AS$8 juta kepada negara itu dan bekas syarikat air negara Cesar Funes memulangkan AS$886,697. – AFP, 30 Ogos, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen